fbpx

CCTV kesan kehadiran hantu dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV yang didakwa merakam kepulan asap (dalam bulatan) membentuk entiti mistik di dalam sebuah rumah di England. - Facebook/CharlieEggenton

LONDON – Seorang wanita di England mengalami episod menyeramkan apabila rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumahnya mengesan kehadiran entiti misteri secara tidak sengaja, lapor akhbar Daily Star semalam.

Charlie Eggenton berkata,  dia memasang CCTV di flatnya beberapa minggu lalu selepas berasa ada yang tidak kena dengan kediaman tersebut.

Ketika pergi bercuti minggu lalu, Eggenton menerima amaran daripada CCTV itu yang mengesan pergerakan di sekitar rumahnya.

“Saya membuka rakaman tersebut di komputer riba dan melihat bayangan seorang lelaki yang kelihatan seperti tukang sembelih binatang pada zaman dahulu.

“Saya memuat naik rakaman itu di Facebook dan ramai yang bersetuju mereka melihat jelas bayangan lelaki itu,” katanya.

Tambah Eggenton, entiti itu dirakam muncul dari dinding ruang tamu rumah dan semakin jelas kelihatan seperti berjalan sekitar kawasan rumah.

Beberapa komen yang diterima mengatakan ‘hantu’ itu jelas kelihatan seperti mahu duduk di atas kerusi sambil memegang sebilah pisau.

“Ia sungguh jelas, seperti kepalanya berpusing ke belakang untuk melihat kamera,” tulis seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI