fbpx

Tidak boleh anjur pesta durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash

IPOH – Orang ramai diberi amaran supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan tidak menganjurkan sebarang majlis termasuk pesta durian.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tiada aktiviti boleh diadakan sama ada rasmi mahupun tidak dalam tempoh sekatan penuh di seluruh negara sejak 1 Jun lalu.

“Ikut SOP memang tidak boleh, hendak rentas daerah dan negeri pun tidak dibenarkan apa lagi jika mahu buat pesta termasuk pesta durian.

“Kita faham sekarang ini musim durian, semua orang mahu makan durian tapi guna saluran yang betul. Hendak berniaga dan membeli tiada masalah, cuma pesta durian sahaja tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini.

Menurut Mior Farid, orang ramai dinasihatkan agar tidak melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak dikenakan sebarang tindakan.

“Nama pun sekatan penuh, jadi tiada sebarang aktiviti dibenarkan sama ada rasmi atau tidak. Apa jenis pesta, asalkan namanya pesta memang tidak boleh,” katanya.

Media semalam melaporkan, seorang artis terkenal bergelar Datuk dan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dakwaan melanggar SOP PKP 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor baru-baru ini.

Siasatan itu dijalankan susulan tangkap layar beberapa gambar tular di media sosial yang memaparkan mereka yang terlibat menyertai ‘kenduri durian’ di kampung berkenaan yang turut diadakan aktiviti seperti jamuan dan karaoke. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI