fbpx

RM3.3 juta untuk maklumat serangan helikopter Presiden Columbia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan tembakan dipercayai dari senjata jenis senapang ke atas helikopter Presiden Columbia pada Jumaat lalu. - Pejabat Presiden Columbia

BOGOTA, Columbia – Kerajaan Columbia menawarkan ganjaran hampir AS$800,000 (RM3.3 juta) untuk maklumat berkenaan serangan tembakan ke atas helikopter yang membawa Presiden Columbia, Ivan Duque berhampiran sempadan Venezuela, lapor akhbar Bangkok Post, semalam.

“Ganjaran hingga RM3.3 juta ditawarkan untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan pihak bertanggungjawab atas serangan pengganas ini,” kata Menteri Pertahanan,  Diego Molano dalam rakaman video yang disiarkan ke media sosial dari Bandar Cacuta.

Dalam kejadian pada Jumaat lepas, helikopter presiden sedang menghampiri lapangan terbang Cucuta dalam penerbangan dari Sardinata ketika beberapa tembakan yang dipercayai dari senapang dilepaskan ke arahnya.

Turut bersama Duque dalam penerbangan itu ialah dengan Molano sendiri bersama Menteri Dalam Negeri, Daniel Palacios dan beberapa pegawai kerajaan lain.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan namun foto edaran pejabat presiden menunjukkan beberapa kesan tembakan di ekor dan bilah utama helikopter.

Ketua Polis Nasional, Jeneral Jorge Vargas, mengatakan bahawa pasukan yang dihantar ke kawasan kejiranan Cucuta berdekatan telah menemui dua senapang jenis AK-47 dan kaliber 7.62 yang kebiasaannya digunakan oleh pihak berkuasa Venezuela.

Hubungan kedua negara tegang sejak 2018 apabila Duque menuduh pemimpin sosialis Venezuela, Nicolas Maduro memberi perlindungan kepada kumpulan pembangkang serta pejuang pemberontak bersenjata Columbia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI