fbpx

Pemuda maut, rakan parah ketika pulang rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis dan bomba sedang melakukan siasatan di lokasi kejadian semalam.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki maut, manakala rakannya parah selepas kereta jenis Suzuki Swift yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar penghadang jalan ketika pulang ke rumah dalam kejadian di Kilometer 47, Jalan Klang – Teluk Intan, hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam, Ng Zhen Long meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya, Ng Chee Wing parah di kepala dan anggota badan lain. Kedua-dua mangsa berusia 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Selangor dari Pasir Penambang.

“Kereta dipandu Zhen Long hilang kawalan ketika melalui laluan selekoh tajam dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang jalan besi.

“Impak pelanggaran itu turut menyebabkan kenderaan tersebut terbalik dan terseret sejauh 30 meter,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI