fbpx

Bank takkan gulung tikar sebab moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Institusi kewangan dan perbankan tidak akan gulung tikar sekiranya memberikan
moratorium sepenuhnya kepada rakyat yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

Itu tegas Presiden Dewan Perdagangan & Industri Asean, Datuk Sohaimi Shahadan yang
mempertikaikan kenapa pihak kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengarahkan institusi kewangan melaksanakan moratorium kepada golongan B40 dan M40 secara automatik.

“Kalau perkara ini dilakukan segera secara automatik, bank-bank ini tidak akan terjejas seperti mana golongan peniaga yang makin parah hari demi hari.

“Lanjutan PKP3.0 yang sebelum ini dijadualkan tamat esok makin menimbulkan keresahan rakyat yang tidak dapat meneruskan pekerjaan, perniagaan demi kelangsungan hidup mereka.

“Saya amat risau tatkala bantuan-bantuan ini lambat sampai kepda kumpulan sasar, mereka sudah hidup `nyawa-nyawa ikan’. Lebih membimbangkan ialah isu kesihatan mental sehingga melibatkan nyawa yang maut,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Sohaimi

Menurut Sohaimi, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 memberikan kuasa yang cukup luas kepada
kerajaan untuk membuat atau meminda apa sahaja undang-undang atau statut bagi mengarahkan moratorium.

Tambahnya, di bawah Seksyen 5 Akta Bank Negara (2009) memperuntukkan fungsi BNM untuk
mengatur (regulate) dan mengawal selia (supervise) institusi kewangan dan Seksyen 72 pula memberikan kuasa untuk membuat apa-apa polisi monetari serta kewangan dan ini termasuklah polisi moratorium pinjaman.

“Ini sangat dinantikan kumpulan B40 dan M40 kerana pinjaman mereka dengan bank tetap
berjalan.

“Sekarang ini mereka tiada pendapatan, hilang kerja, gaji dipotong, jadi pihak kerajaan perlu sedar dan prihatin sebahagian besar daripada pendapatan mereka ini habis membayar hutang kepada bank,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI