fbpx

Tiga anggota polis antara ditahan kes pecah masuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman menunjukkan peti besi dan rampasan wang yang berjaya ditemui semula pada sidang akhbar di IPK Kedah hari ini.

ALOR SETAR – Enam individu termasuk tiga anggota polis ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk pejabat syarikat kurier dan melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai kira-kira RM400,000 dalam kejadian pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek termasuk seorang sarjan dan dua koperal berusia antara 21 hingga 50 tahun ditahan pada hari kejadian hingga semalam.

Katanya, polis turut berjaya menemui semula wang tunai sebanyak RM263,295 selain merampas beberapa barangan antaranya peti besi, tujuh telefon pintar, dua kad sim dan satu mesin pencanai.

Menurut Kamarul Zaman, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, beberapa suspek dipercayai mencabut fius utama bekalan elektrik di bahagian luar pejabat syarikat tersebut bagi mematikan fungsi televisyen litar tertutup (CCTV).

“Suspek kemudiannya memecah masuk premis itu dengan cara mengumpil pintu utama. Setelah berjaya masuk, mereka membawa lari sebuah peti besi berisi wang tunai dianggarkan sebanyak RM400,000.

“Wang tersebut merupakan hasil kutipan daripada khidmat tunai ketika penghantaran (COD) yang dikumpulkan di situ,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI