fbpx

Tiada jantina ketiga – Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli.

PUTRAJAYA – Malaysia tidak bersetuju dengan usaha untuk membenarkan gender ketiga, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata, ia perlu ditolak sebagaimana pendirian Malaysia menolak dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang mahu mempromosikan hak asasi lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh dunia.

Menurutnya, negara juga tidak akan berganjak daripada pendirian tidak mengiktiraf golongan LGBT seperti yang ditegaskan sebelum ini.

“Prinsip saya, hujah perlu dibalas dengan hujah. Maka, hujah yang tuntas (berhubung jantina ketiga) perlu dikemukakan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam.

Zulkifli terdahulu menyampaikan amanat dalam Persidangan Secara Maya bersama Ahli Jawatankuasa Penyelidik Kajian Implikasi Gender Ketiga yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI