fbpx

Kehilangan misteri 10,000 ekor merpati mungkin akibat ribut suria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LONDON – Sebanyak 10,000 burung merpati yang dilepaskan dalam satu perlumbaan di Britain  hilang, dipercayai akibat ribut suria yang menyebabkan haiwan itu keliru dan gagal mencari jalan  pulang, lapor laman berita Daily Star kelmarin.

Burung-burung merpati itu dilepaskan di Peterborough, Cambridgeshire dan dijangka kembali semula sarangnya.

Pegawai rasmi acara perlumbaan merpati itu tidak pasti  jumlah sebenar merpati yang hilang tetapi menganggarkan jumlahnya mencecah 10,000 ekor.

“Kami menyedari sesuatu yang aneh sedang berlaku dan tidak pernah berdepan situasi seperti ini,” kata Ian Evans daripada Persatuan Perlumbaan Merpati Diraja.

Seorang penduduk Yorkshire Utara, Richard Sayers  memberitahu akhbar Irish Independent bahawa 300 ekor  merpati daripada kampungnya telah hilang.

“Kami menjadi saksi kepada perlumbaan merpati terburuk dalam sejarah.

“Sebahagian besar penternak berkata, insiden itu mungkin disebabkan fenomena  ribut suria  yang menyebabkan atmosfera menjadi statik. Namun, tiada siapa tahu perkara sebenar ,” katanya.

Burung merpati dipercayai mempunyai organ unik pada paruhnya yang membantu ia mengesan arah medan magnet Bumi.

Namun, pakar Institut Patologi Molekular di Vienna percaya perkara itu adalah sesuatu yang mustahil.

Kaedah sebenar yang digunakan oleh haiwan itu untuk mengesan arah kekal misteri.

Setiap burung merpati yang hilang mempunyai cincin pengenalan dengan kod dan nombor yang unik. –  Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI