fbpx

Lelaki Belanda, Myanmar dicari kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-duanya dicari bagi membantu siasatan kes rasuah.

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan dua individu masing-masing seorang lelaki warga Belanda dan Myanmar bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan.

Dlaam satu kenyataan SPRM, individu pertama, Pieter Jan Eimers, 61, seorang lelaki warganegara Belanda memegang pasport bernombor BA0223039 dan mempunyai alamat terakhir di No 14, Preston Road, Singapore 117612.

Menurutnya, Individu berkenaan dikesan kali terakhir ketika memasuki negara ini pada 3 Mei 2007.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Zabir Sharif di talian 013-216 8343 / 06-762 5446 atau emel kepada [email protected],” katanya, di sini, hari ini.

Sementara itu, SPRM Negeri Sembilan turut mengesan Jaber Hamid Husson, 28, seorang lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354-00287837.

“Individu berkenaan beralamat terakhir di No. 50, Lorong 7, Taman Jujur, Sikamat, dekat sini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Shamin Aizat Azmi di talian 017-954 1048 / 06-762 5446 atau emel kepada [email protected]. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI