fbpx

WCT optimis terhadap prospek buku tempahan RM5 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – WCT Holdings Bhd. (WCT) optimis terhadap prospek buku tempahannya yang kini bernilai kira-kira RM5 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Lee Tuck Fook berkata, keyakinan ini bersandarkan kepada program vaksinasi bagi  3,600  pekerja dan syarikat sekutunya.

“Usaha ini akan membolehkan Kumpulan menyambung semula kerja-kerja pembinaan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard yang ketat apabila sekatan pergerakan berakhir,” katanya dalam kenyataan bersempena mesyuarat agung tahunan Kumpulan secara maya semalam. 

Program vaksinasi yang telah dilaksanakan baru-baru ini melalui Program Rintis Trak Vaksin Bergerak MYMedic@Wilayah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan merupakan sebahagian daripada inisiatif WCT  melindungi pekerjanya berikutan dengan peningkatan virus Covid-19  yang mendadak. 

Menurut Tuck Fook, terdapat juga perancangan untuk mengvaksinasikan lebih ramai pekerja pada masa akan datang dan  Inisiatif ini akan meningkatkan lagi keyakinan Kumpulan.

Selain itu, mengulas mengenai prospek masa depan ,  beliau menjelaskan, bahagian kejuruteraan dan pembinaan akan membantu mengukuhkan prestasi kewangan  kerana ia bakal  kekal sebagai penyumbang utama pendapatan Kumpulan WCT. 

“Bahagian ini telah menunjukkan permulaan yang baik pada tahun 2021 dengan kemenangan dua kontrak untuk pembinaan sebuah hotel 29 tingkat dan pejabat 13 tingkat di The Exchange TRX bernilai RM137 juta serta pembesaran dan penambahbaikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan bernilai RM440 juta.

“Bahagian ini akan memfokuskan kepada projek sedia ada di samping mengejar peluang baharu untuk menambah buku tempahan,” jelasnya.

Selain itu, bahagian pembangunan hartanah Kumpulan WCT akan memperkukuhkan usaha pemasaran dan jualannya bagi mendorong penjualan pelancaran harta tanah baharu di Lembah Klang dalam masa yang sama, mengurangkan harta tanah yang tidak terjual serta melupuskan tanah yang belum dibangunkan untuk mengukuhkan kedudukan aliran tunai operasi. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI