fbpx

Dua kali jatuh perahu demi didik anak murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azeman (kiri) dan isterinya Jamaliatulshuhaidah menunjukkan jambangan bunga yang diterima pada hari persaraannya semalam. - Foto: MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID

PARIT – Pengalaman dua kali terjatuh ke dalam Sungai Rajang apabila perahu dinaikinya karam dipukul arus ketika menyeberang untuk ke pekan Kapit, Sarawak sentiasa diingati Azeman Mat, 60.

Walaupun mencemaskan, baginya ia antara kenangan pahit manis sepanjang 35 tahun bergelar guru demi mendidik anak murid di kawasan pedalaman.

Hari ini, secara rasminya Azeman menamatkan tugas sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iskandar selepas memulakan perkhidmatan pada tahun 1986 di Sarawak.

Lebih manis lagi majlis persaraannya diraikan berbeza daripada kelaziman apabila menerima watikah dan hadiah jambangan bunga serta belon menerusi khidmat penghantaran bermotosikal.

Turut dikirimkan ialah kek serta pulut kuning yang diberikan oleh pihak sekolah.

“Saya betul-betul terkejut dan terharu kerana reda apabila tahu majlis persaraan jatuh pada waktu kita semua sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya cuma dimaklumkan majlis persaraan dibuat secara atas talian dan tidak jangka kejutan yang diberikan guru besar, Rosli Maun dan rakan sekerja, terima kasih saya ucapkan” katanya yang tinggal di Gelung Pepuyu, Bota, di sini.

Isterinya, Jamaliatulshuhaidah Kamaruddin, 47, juga merupakan seorang guru.

Kata Azeman, profesion sebagai guru sememangnya banyak memberikan cabaran yang tersendiri, dan pada ini pula cara pembelajaran yang berlainan dalam keadaan norma baharu ketika ini.

“Saya harap anak murid sentiasa rajin belajar, dengar nasihat guru dan jangan culas menyiapkan tugasan biarpun ketika kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” pesannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI