fbpx

Tiga lelaki jadi mangsa tipu di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Tiga lelaki di Kepala Batas di sini terpaksa menggigit jari apabila kerugian hampir RM30,000 selepas dipercayai diperdaya sindiket dalam talian semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 30 hingga 50 tahun itu dikatakan mula terjerat selepas tertarik dengan iklan di Facebook.

Beliau berkata, mangsa tertarik dengan iklan pinjaman wang, pelaburan dan jualan haiwan peliharaan sebelum melakukan pemindahan wang ke dalam nombor akaun yang diberikan suspek.

“Semua mangsa hanya menyedari mereka ditipu apabila suspek masih meminta wang tambahan dan nombor telefon yang diberikan pula gagal dihubungi.

“Kesemua mereka memasukkan wang berjumlah RM29,560 kepada suspek sebelum membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI