fbpx

Village Grocer buka cawangan baharu di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cawangan baharu Village Grocer yang menawarkan pengalaman membeli-belah mesra alam tanpa penggunaan beg plastik.

GEORGE TOWN – The Food Purveyor (TFP) Retail Sdn. Bhd. menerokai perniagaan di kawasan utara Semenanjung dengan pembukaan cawangan ke-21 Village Grocer di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TFP, Geoff King berkata, lokasi terbaharu Village Grocer City Junction Mall itu terletak di Tanjung Tokong.

“Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi pertama di utara kerana lokasinya yang strategik, komuniti pengguna yang arif dan memiliki tenaga kerja mahir,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

King menjelaskan, buat masa ini, pihaknya tidak mempunyai cadangan untuk membuka lebih banyak cawangan dalam masa terdekat di Pulau Pinang.

“Namun kami sentiasa komi­ted mencari lokasi baharu.

“Kami juga bakal membuka sebuah pasar raya baharu di Kuala Lumpur yang dikenali sebagai The Food Merchant pada tahun ini,” jelas beliau.

TFP mengoperasikan 18 cawangan lain di Selangor dan Kuala Lumpur serta dua lagi di Johor Bahru.

Mengulas lanjut mengenai cawangan baharu di Tanjung Tokong yang memiliki keluasan kira-kira 2,043 meter persegi itu, King memaklumkan bahawa, syarikat mengamalkan konsep membeli-belah ke arah mesra alam sekitar apabila cawangan tersebut tidak menawarkan penggunaan beg plastik sekali guna termasuklah untuk membungkus buah-buahan dan ­sa­yur-sayuran segar.

“Kami menyokong dan melengkapkan inisiatif kerajaan negeri untuk melaksanakan ­amalan hijau.

“Pelanggan di negeri ini juga dilihat sudah biasa menggunakan beg guna semula,” jelasnya.

King memberitahu, kesemua cawangan Village Grocer yang telah melaksanakan amalan dan inisiatif yang sama itu berjaya membantu mengurangkan penggunaan le­bih enam juta beg plastik sekali guna setiap tahun.

“Kami berada di landasan tepat untuk mencapai matlamat TFP bebas plastik menjelang 2023.

“Kami memper­kenalkan beg jaring boleh guna semula serta menawarkan 20 mata ganjaran setiap kali pelanggan menggunakan beg jaring sendiri,” jelasnya.

Sementara itu King menerangkan, cawangan baharu itu menawarkan pilihan pelbagai produk sayuran, buah-buahan import, tempatan dan organik.

“Kami juga menawarkan pelbagai potongan daging lembu dan daging biri-biri serta burger daging Wagyu.

“Pelbagai jenis ikan segar dan makanan laut tempatan yang kebanyakannya dari Kuala Kedah boleh diperoleh di sini selain makanan laut yang diimport seperti salmon Atlantik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI