fbpx

TNB, DHL fokus perkhidmatan penghantaran mesra alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Pegawai Runcit TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan (kiri) dan Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo menandatangani MoU antara kedua-dua syarikat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan DHL Express Malaysia (DHL) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi me­neroka pembangunan kerangka rantaian bekalan mesra alam.

MoU selama 12 bulan itu telah berkuat kuasa bermula 10 Jun lalu.

Usaha sama itu akan memfokuskan kepada perkhid­matan penghantaran mesra alam de­ngan pengenalan kenderaan elek­trik (EV) dalam kumpulan ken­deraan DHL.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, kerjasama yang me­libatkan penceburan kedua-dua pihak dalam inisiatif karbon sifar dan pengurangan kos itu juga akan melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga, sistem pengurusan tenaga bangunan serta panel solar pada bumbung.

“Kumpulan akan memacu kerjasama itu dengan pemasa­ngan infrastruktur pengecas EV di fasiliti dan di lokasi strategik sepanjang laluan perkhidmatan DHL.

“DHL juga akan me­lancarkan kumpulan pertama van EV di pusat perkhidmatannya di Kuala Lumpur menjelang awal tahun depan.

“Perkongsian itu juga memanfaatkan kepakaran kolektif TNB dalam solusi tenaga lestari,” ­katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Baharin menjelaskan, TNB bersedia menyokong matlamat kelestarian DHL melalui anak syarikat TNB termasuk GSPARX Sdn. Bhd. yang membekalkan sistem panel solar pada bumbung bagi penyelesaian tenaga hijau; Maevi Sdn. Bhd. bagi penyele­saian pengurusan tenaga ba­ngunan dan TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES) untuk peng­auditan tenaga.

“Kerjasama ini sejajar ­dengan aspirasi kami untuk menjadi pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa.

“Inisiatif ini juga adalah satu daripada usaha kami dalam mendorong pembangunan ekosistem yang kondusif bagi penggunaan EV yang lebih meluas di Malaysia,”­ jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI