fbpx

LLM pastikan kerja-kerja pembinaan tidak diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan konkrit yang runtuh di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) baru-baru ini.

PETALING JAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan memastikan kerja-kerja pembinaan tidak diteruskan seperti diarahkan kepada Syarikat Konsesi Projek Lintasan Damansara Shah Alam Sdn. Bhd. (PLDSASB) berikutan insiden perancah besi jatuh di kawasan pembinaan Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH) baru-baru ini.

Ketua Pengarah LLM, Datuk Mohd Shuhaimi Hassan berkata, kerja-kerja pembinaan hanya akan diteruskan sehingga kerajaan berpuas hati dengan langkah–langkah keselamatan yang telah diambil.

Katanya, LLM juga telah mengarahkan Syarikat PLDSASB, Zaidun Leeng Sdn. Bhd. (ZLSB) dan Ranhill Bersekutu Sdn. Bhd. (RBSB) untuk melaksanakan penilaian dan pemeriksaan lanjut berhubung dengan kejadian tersebut.

“Aspek penilaian seperti pematuhan ke atas reka bentuk perancah yang digunakan merangkumi faktor keselamatan, tatacara kerja, keperluan prosedur dan dokumentasi yang dilaksanakan.

“Turut dinilai pengawasan di tapak dan lain-lain aspek kemungkinan insiden merangkumi jentera, bahan binaan, keadaan tapak, struktur sedia ada dan faktor persekitaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pihak LLM telah mengadakan beberapa perbincangan sebagai langkah penambahbaikan supaya risiko kemalangan dapat dielakkan

“Pihak kami telah berbincang dengan Syarikat Konsesi dan Juruperunding termasuk Lembaga Jurutera Malaysia, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara bagi mengkaji penambahbaikan melibatkan kerja-kerja pembinaan lebuh raya baharu,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI