fbpx

Aksi jinak seekor monyet tarik perhatian pengguna jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seekor monyet memanjat belakang seorang penunggang motosikal di sebuah persimpangan lampu isyarat

PETALING JAYA – Gelagat seekor monyet menarik perhatian pengguna jalan raya apabila haiwan itu dilihat seakan-akan mahu ‘membonceng’ sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki.

Namun, aksi haiwan itu tidak terhenti di situ apabila ia kemudiannya dilihat memanjat bonet sebuah kereta.

Gelagat haiwan jinak itu dirakam seorang pemandu kereta sebelum dimuat naik di laman Facebook semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat di sebuah negeri di utara, namun lokasi tepat tidak dinyatakan.

Menerusi klip video berdurasi 51 saat itu, kelihatan monyet tersebut seperti mencari sesuatu dan ia dipercayai sedang kelaparan.

Bagaimanapun, haiwan itu tidak mencederakan pengguna jalan raya ataupun merosakkan kenderaan yang berhenti di lampu isyarat tersebut.

Sementara itu, rata-rata netizen terhibur dengan gelajat monyet itu sehingga ada yang mengatakan haiwan itu milik seorang penunggang motosikal yang kebetulan berhenti di lampu isyarat merah.

“Ingatkan yang di hadapan (penunggang motosikal) tuan,”tulis Wan Nur Aisyah.

“Saya ingat tuannya, relaks abang (penunggang motosikal) pun,” balas Nadia Nabila.

Sehingga pukul 6 petang tadi, klip video yang dimuat naik di Facebook Sukan Star TV ditonton 149,000 kali dan dikongsi lebih 211 kali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI