fbpx

Perhilitan pasang perangkap beruang matahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej beruang matahari yang sempat dirakam penduduk sebelum masuk ke dalam kawasan semak berdekatan di Kampung Jimah Lama, di sini, baru-baru ini. - IHSAN MEDIA SOSIAL

PORT DICKSON – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan telah memasang perangkap berikutan terdapat aduan dari penduduk setempat mengenai kehadiran binatang liar berkenaan di penempatan tersebut sejak hampir dua minggu lalu.

Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, beruang matahari itu dipercayai tersesat dari kawasan hutan berhampiran dan tindakan memasang perangkap telah dibuat semalam.

Menurutnya, beruang berkenaan berbahaya jika berlaku provokasi kerana boleh menyerang balik selain memiliki kuku serta gigi yang tajam.

“Beruang matahari ini merupakan haiwan yang dilindungi dan kita harap agar orang ramai dapat menyalurkan maklumat segera kepada Perhilitan sekiranya ternampak kelibat haiwan ini berkeliaran.

“Ini merupakan kali pertama kita menerima aduan berkenaan beruang matahari berkeliaran di kawasan kampung,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Difahamkan, kehadiran beruang matahari berkenaan disedari penduduk selepas menutup kandang lembu milik rakan sekampung pada waktu lewat petang.

Buat masa ini tiada kejadian tidak diingini berlaku dan imej haiwan berkenaan sempat dirakam penduduk sebelum masuk ke dalam kawasan semak berdekatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI