fbpx

Hadiahkan ayam hidup untuk warga emas yang divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas bersetuju untuk menerima suntikan vaksin setelah ditawarkan seekor ayam hidup sebagai hadiah. – Kompas TV

JAKARTA – Pihak berkuasa tempatan sebuah daerah di Jawa Barat menggunakan kaedah unik bagi menarik minat golongan warga emas untuk menerima suntikan vaksinasi, iaitu dengan cara menghadiahkan seekor ayam hidup kepada mereka, lapor portal Coconut.co semalam.

Menerusi inisiatif tersebut, para pegawai polis, pegawai daerah dan petugas kesihatan dari klinik kesihatan komuniti daerah Pacet telah melawat rumah-rumah di daerah tersebut yang didiami oleh warga emas.

Sekiranya mereka bersetuju untuk menerima suntikan pelalian, mereka akan diberikan seekor ayam hidup sebagai tanda ‘kadeudeuh’, yang bermaksud tanda kasih sayang dalam bahasa Sunda.

“Di kawasan ini, warga emas enggan menerima vaksinasi atas beberapa sebab yang serius.

“Disebabkan itu, kami membuat lawatan ke rumah mereka dan menunjukkan tanda penghargaan dengan memberikan ayam kepada yang bersetuju untuk divaksin,” ujar Ketua Sub-Daerah Pacet, Galih Aprian.

Ternyata, inisiatif tersebut berjaya menarik minat kumpulan sasaran dengan seramai 300 warga emas telah mendaftar dalam program vaksinasi dan seterusnya menerima suntikan mereka.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Indonesia, setakat ini, hanya lima peratus daripada populasi keseluruhan negara itu atau kira-kira 8.8 juta penduduk telah menerima dos vaksin lengkap.

Kadar itu amat rendah berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu untuk memberikan vaksin kepada 181.5 juta penduduk menjelang awal tahun 2022. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI