fbpx

Petani, penternak dan nelayan perlu segera divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan Jabatan Pertanian menonton Majlis Perasmian Seminar Pengembangan Pertanian Kebangsaan 2021 secara dalam talian di Jabatan Pertanian, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mencadangkan kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin Covid-19 kepada golongan petani, penternak dan nelayan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kumpulan tersebut merupakan golongan barisan hadapan industri makanan negara yang berdepan risiko dijangkiti virus ketika di lapangan.

Katanya, bagi tujuan itu, MAFI sudah menghantar permohonan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), namun belum diputuskan lagi setakat ini.

“Sehingga 2019, seramai 649,719 petani, penternak dan nelayan yang berdaftar dan ada antara mereka sudah menerima suntikan vaksin menerusi program imunisasi di peringkat komuniti.

“Bukan sahaja kakitangan agensi yang berkaitan, penternak, petani dan nelayan adalah golongan yang tidak terkecuali kerana masing-masing mempunyai tugas sendiri dalam memastikan rantaian makanan berterusan dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

“Kita harus segerakan suntikan kerana mereka selalu turun padang berdepan dengan masyarakat dan terdedah kepada jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Seminar Pengembangan Pertanian Kebangsaan 2021 secara dalam talian di Jabatan Pertanian, Jalan Lundang di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI