fbpx

Dua kawasan dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak dua kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 19 Jun hingga 2 Julai hadapan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan pertama adalah PKPD sembilan Rumah Panjang Sungai Rassau, Batang Igan, Matu, Sarawak.

Sembilan rumah panjang berkenaan ialah Rumah Panjang Salim anak Unang, Rumah Panjang Judy anak Kudi, Rumah Panjang Mathew anak Merang, Rumah Panjang Danggang anak Ujang dan Rumah Panjang Lait anak Ijang.

Empat lagi ialah Rumah Panjang Chandi anak Kilau, Rumah Panjang Putut anak Jugah, Rumah Panjang Sadin anak Jeli dan Rumah Panjang Mador anak Rendah.

“Seramai 84 penghuni telah disaring dan daripada jumlah itu, 48 kes positif direkodkan dengan kadar positiviti 57.14 peratus. Kementerian Kesihatan (KKM) juga mendapati penularan mula berlaku dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Ismail Sabri berkata, kawasan kedua dikenakan PKPD ialah PKPD Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wah Cens Plastic Industries & Rainbow Metal Sdn. Bhd., Buloh Kasap, Segamat, Johor.

“Dalam tempoh seminggu, KKM mendapati berlaku peningkatan apabila sebanyak 52 kes positif telah dikesan setelah 488 individu disaring dengan kadar positiviti 10.7 peratus,” katanya.

Sementara itu, menurut beliau, PKPD Kawasan Semarak, Tawau dan PKPD Kampung Pengaraban, Kudat, Sabah dilanjutkan sehingga 2 Julai hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI