fbpx

4,055 kilang diperiksa sejak 1 Jun di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash (kanan) melakukan pemeriksaan aplikasi Mysejahtera milik pekerja kilang di Chemor, Ipoh hari ini. FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Sebanyak 4,055 buah kilang di negeri ini diperiksa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada 1 Jun hingga semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 16 kompaun dikeluarkan ke atas pemilik premis atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tiga buah kilang masing-masing dua di Tapah dan satu di Batu Gajah pula diarah tutup kerana beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Sejak awal bulan ini, kita telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan terhadap pematuhan SOP PKP di kawasan kilang dan perindustrian di negeri ini.

“Daripada 4,055 buah kilang diperiksa, sebanyak 16 kompaun dikeluarkan dan tiga buah kilang diarah tutup,” katanya pada sidang akhbar selepas Op Bersepadu Pemeriksaan SOP PKP di sini hari ini.

Dalam operasi itu, sebanyak 20 buah kilang di Ipoh, Batu Gajah dan Kampar diperiksa bersama agensi penguat kuasa lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI