ADA sesuatu yang magis tentang Gunung Silipat, Thailand. Gunung itu menjadi tempat langit subuh bertemu lautan awan dan hening hutan yang menenangkan. Perjalanan ke puncaknya mungkin tidak terlalu panjang tetapi setiap langkah membawa rasa teruja yang sukar digambarkan. Gunung ini semakin popular dalam kalangan pencinta alam dari Malaysia, namun masih mengekalkan pesonanya sebagai ‘hidden gem’ yang tenang dan tidak terlalu sesak. Tahun lalu, saya berpeluang menyusuri trek menuju puncak Silipat dan pengalaman itu terasa seperti percutian ringkas yang memulihkan, penuh……














