fbpx

Laporan portal bekas pengurus dikasari polis, ancam bunuh, palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Laporan artikel sebuah portal berhubung seorang bekas pengurus bengkel dipukul dan diancam bunuh ketika berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang adalah tidak benar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berdasarkan siasatan mendapati pengurus itu, Joseph Prakash Sukumaran telah hadir ke IPD tersebut bagi dirakamkan keterangan berhubung laporan polis dibuat isterinya berkaitan kes keganasan rumah tangga.

Katanya, lelaki tersebut juga mengugut mahu membunuh isterinya dan bertindak agresif ketika terserempak dengan isterinya itu di IPD itu.

“Polis kemudiannya telah menasihatkan suspek agar tidak membuat bising di kawasan polis namun tidak diendahkan lelaki itu.

“Suspek juga telah mengeluarkan kata-kata kesat iaitu ‘Polis Bodoh’ kepada pihak polis selain sekali lagi bertindak agresif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, berlaku pergelutan ketika proses penangkapan terhadap suspek dengan polis terpaksa menggunakan kekerasan paling minimum.

Tambah Arjunaidi, ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis Methapethamine.

Malah, semakan juga menunjukkan suspek mempunyai lapan rekod lampau berkaitan jenayah kekerasan dan dadah.

“Suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret pada 11 Jun lalu dan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua atas kesalahan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan masing-masing satu bagi Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Sebaik dibebaskan dengan jaminan mahkamah, lelaki itu telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan laporan dilakukan oleh lelaki itu menyatakan telah dipukul dan dikasari pihak polis semasa hadir memberi keterangan bersabit kes keganasan rumah tangga.

“Satu Kertas Siasatan Enkuiri Polis (KEP) telah dibuka berhubung laporan tersebut dengan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah mengambil alih siasatan KEP ini,” jelasnya.

Terdahulu sebuah portal berita melaporkan seorang bekas pengurus mendakwa dipukul tujuh pegawai polis selain mengancam membunuhnya ketika dia berada di ibu pejabat polis daerah Serdang minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI