fbpx

Park Seo-joon sertai MCU, berlakon The Marvels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Park Seo-joon akan berlakon di samping Brie Larson dalam sekual Captain Marvel, The Marvels.

PELAKON popular Korea Selatan, Park Seo-joon bakal menyertai Marvel Cinematic Universe (MCU) apabila akan berlakon di samping aktres Hollywood, Brie Larson dalam sekuel adiwira, Captain Marvel.

Menurut laporan Soompi, satu sumber dalam industri perfileman negara itu mendedahkan perkara tersebut.

Sekuel Captain Marvel yang diberi judul The Marvels dijadualkan menemui peminat Hollywood pada 11 November 2022 dijangka akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Satu lagi portal lain mendedahkan bintang siri Itaewon Class itu akan meninggalkan negara kelahirannya untuk ke Amerika Syarikat bagi memulakan penggambaran filem yang ditunggu-tunggu peminat MCU itu.

Seo-joon yang pernah berlakon dalam filem ikonik Parasite pada masa sekarang sedang menjalani penggambaran filem thriller Concrete Utopia yang turut dibintangi dua pelakon hebat, Lee Byung-hun dan Park Bo-young.

Apabila ditanya tentang kesahihan berita berkenaan, sompi.com melaporkan agensi atau syarikat pengurusannya, Awesome ENT memberi respons “no comment”.

The Marvels bakal menyaksikan Brie kembali menjayakan karakternya sebagai Captain Marvel. Pelakon lain yang sudah ‘sah’ terlibat dalam filem yang diarahkan oleh Nia DeCosta adalah Teyonah Paris dan Iman Vellani yang masing-masing akan menjayakan watak sebagai, Monica Rambeau dan Kamala Khan.

Terdahulu, pelakon Korea Selatan lain yang akan terlibat dalam pembikinan filem MCU adalah Ma Dong-seok atau lebih dikenali sebagai Don Lee dalam filem Eternals. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI