fbpx

KPDNHEP keluar 19 kompaun langgar SOP PKP Penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP menampal notis tawaran kompaun atas kesalahan gagal menyediakan petugas mengawal kemasukan pelanggan di sebuah premis dobi jenis layan diri di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 19 kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) telah dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KDNHEP) di Terengganu sepanjang tempoh fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh berakhir semalam.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, kesemua kompaun tersebut bernilai keseluruhan RM173,500.

“Kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Kesalahan yang dikesan ialah penganjuran aktiviti melibatkan kehadiran ramai orang sehingga menyukarkan penjarakan fizikal sebanyak 11 kes, gagal mengamalkan penjarakan fizikal (enam kes) dan gagal menyediakan peralatan saringan suhu badan serta merekod butiran diri (dua kes),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Saharuddin berkata, pasukan penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan pemeriksaan di 644 premis perniagaan di seluruh Terengganu pada tempoh sama.

Menurut beliau, operasi pemeriksaan pematuhan SOP itu dilakukan secara bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

“Pengurusan premis perniagaan perlu sentiasa memastikan bukan sahaja peralatan mendaftar masuk dan pemeriksaan suhu badan disediakan malah melakukan penilaian risiko terhadap pelanggan.

“Hanya pelanggan yang mempunyai risiko rendah dibenarkan memasuki premis perniagaan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saharuddin berkata, pemantauan KPDNHEP di seluruh negeri ini mendapati bekalan barang keperluan terutama minyak masak bersubsidi mencukupi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI