fbpx

Isteri ditolak, dikurung tidak sediakan sarapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Hanya kerana tidak menyediakan sarapan pagi, seorang isteri ditolak di bahagian kepala dan badan sehingga terjatuh oleh suaminya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Bukit Tinggi di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi, mangsa berusia 27 tahun turut dikunci dari luar rumah dan telefon bimbitnya diambil bagi menghalang menghubungi orang luar.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan dari keganasan dilakukan suaminya itu apabila menjerit meminta pertolongan daripada jiran depan rumahnya bagi menghubungi pihak polis.

Katanya, anggota polis peronda kemudiannya datang membantu sebelum membawa mangsa membuat laporan.

“Bertindak hasil maklumat, suspek berusia 28 tahun kemudiannya berjaya ditahan di rumahnya kira-kira pukul 5.15 petang hari sama.

“Soal-siasat mendapati suspek mengakui terlibat dalam kes tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menjelaskan, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Shamsul Amar menambah, permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan hari ini di Mahkamah Klang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” tegasnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI