fbpx

Permohonan lepasan SPM ke IPTA, ILKA dibuka semula 15 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Permohonan kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibuka semula mulai 15 hingga 21 Jun depan.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan akhbar memaklumkan permohonan itu membabitkan program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Katanya, keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini.

“Pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA,” jelasnya.

KPT turut memaklumkan, pelajar lepasan SPM yang belum pernah memohon perlulah mengemukakan permohonan dan memilih program pengajian. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI