fbpx

RM12,000 sebulan jual air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beng Yeow (dua dari kiri) menunjukkan daun ketum yang dirampas hasil serbuan di sebuah rumah di Jalan Sri Putri 12/3, Taman Putri, Kulai, Johor semalam. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Dua orang penganggur mampu menjana pendapatan sehingga RM12,000 sebulan hasil penjualan air ketum di daerah ini dan Johor Bahru dekat sini sejak empat bulan lalu.

Kegiatan dua suspek yang aktif sejak Februari lalu terbongkar hasil maklumat orang awam apabila rumah dua tingkat yang menjadi tempat memproses daun ketum di Jalan Sri Putri 12/3, Taman Putri, di sini diserbu semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam serbuan itu, sepasukan polis bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menahan dua lelaki berusia 39 dan 45 tahun.

Beliau berkata, ini adalah rampasan daun serta air ketum terbesar dibuat di negeri ini susulan rampasan daun ketum seberat 380 kilogram (kg) dan air ketum sebanyak 180 liter dengan nilai rampasan kira-kira RM7,000.

“Bertindak atas maklumat awam dan risikan selama dua minggu, serbuan dibuat pada pukul 9 pagi di rumah tersebut menahan dua lelaki yang sedang memunggah daun ketum itu ke dalam rumah.

“Polis turut menjumpai sejumlah 38 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 50 peket plastik lutsinar disyaki daun ketum dan empat buah tong air batu yang setiap satunya berisi 30 peket plastik lutsinar berisi cecair berwarna merah kehijauan disyaki air ketum.

“Dua buah kotak mengandungi 107 botol disyaki ubat batuk berkapasiti 90 mililiter (ml) turut dirampas dalam serbuan terbabit,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kulai di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI