fbpx

Penduduk kampung lain punca gelang pink tak cukup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantar Facebook yang memaparkan perasaan tidak puas hati seorang penduduk apabila bekalan gelang pink di PKPD Kampung Kutan Tengah tidak mencukupi.

TUMPAT- Kehadiran penduduk dari dua kampung berdekatan untuk turut sama menjalani ujian saringan Covid-19 dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Kutan Tengah di sini menyebabkan bekalan 990 gelang pink tidak mencukupi.

Perkara itu sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk yang menghadiri pusat saringan Covid-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan di sini semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr.Zaini Hussin berkata, pihaknya menyediakan kira-kira 1,000 utas gelang pink di pusat saringan itu sejak kelmarin memandangkan bilangan penduduk di situ dianggarkan seramai 990.

Katanya, bagaimanapun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila penduduk di dua kampung lain iaitu Kampung Kutan Hilir dan Kutan Hulu turut hadir ke pusat tersebut untuk menjalani ujian saringan.

“Sehingga hari ini seramai 1,198 penduduk telah hadir membuat ujian saringan. Daripada jumlah itu, 208 daripadanya terdiri daripada dua kampung yang tidak terbabit dengan PKPD.

“JKNK mempunyai senarai nama penduduk lokaliti Kampung Kutan Tengah. Apabila ramai penduduk hadir, kami tetap menjalankan ujian saringan sehingga menyebabkan gelang pink tidak mencukupi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Zaini berkata, bagaimanapun, masalah itu telah diselesaikan dengan segera apabila JKNK telah menambahkan bilangan gelang kuarantin.

Katanya, beliau terkilan apabila ada pihak yang membuat hantaran menerusi laman sosial mendakwa JKNK tidak serius dalam menjalankan proses ujian saringan sehingga perkara itu terjadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI