Dr. Dzulkefly merasmikan Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan di Seremban.

KKM teliti perluas rawatan gigi B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan saringan dan rawatan pergigian asas menerusi skim PeKa B40 bagi golongan berpendapatan rendah.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan itu diterima susulan permintaan pengamal kesihatan pergigian yang mahu aspek kesihatan mulut diberikan perhatian lebih menyeluruh dalam agenda penjagaan kesihatan rakyat.

Katanya, perkhidmatan pergigian wajar dilihat sebagai sebahagian daripada rawatan pencegahan dan pengurusan penyakit tidak berjangkit, bukan hanya tertumpu kepada aspek estetik atau kes kompleks.

“Mustahak untuk saya masukkan program pergigian ini, khasnya dalam PeKa B40. Klinik-klinik kita juga akan berperanan. Saya kira permintaan itu adalah satu yang jelas dan kita akan melihat perkara ini untuk dilaksanakan secepat mungkin,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Pakar Pergigian Negeri Sembilan (PPPNS) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN