fbpx

Nilai komersial Naik Abu, Shalma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABU dan Shalma saling melengkapi antara satu sama lain menerusi karya berjudul Naik.

SEMALAM, lagu Naik baru sahaja dilancarkan secara rasmi di semua platform digital. Kedengaran ‘catchy’, karya berkenaan dijayakan oleh dua penyanyi muda berpotensi iaitu, Abubakarxli dan Shalma Eliana.

Selain sedia terisi dengan ruang ‘soft spot’ untuk menerima pelbagai rentak muzik, penulis sebenarnya sukakan muzik yang menjunjung nilai positif peniup semangat kehidupan.

Itu mesej yang dibawa menerusi lagu Naik nyanyian Abu featuring Shalma.

Masakan tidak, pada waktu yang sangat mencabar sekarang disebabkan pandemik Covid-19, apa diperlukan hampir semua orang ialah hal-hal pencetus inspirasi untuk terus bergerak ke hadapan walaupun kiri, kanan, depan belakang dihambat permasalahan berpunca daripada Covid-19.

Naik memiliki faktor ‘X’ yang boleh melazimkannya di halwa telinga pendengar. Penulis sukakan bahagian korus, nyanyian rap Abu dan tidak ketinggalan, suara manja Shalma yang terkandung cukup elemen R&B bersalut nilai komersial.

Dari segi komposisi muzik, tidak banyak yang boleh digembar-gemburkan, tetapi satu perkara yang pasti, Naik mempunyai potensi untuk menjadi siulan ramai, terutama golongan muda.

Caranya, guna semaksimum mungkin kuasa TikTok yang jarang-jarang mengecewakan sebagai medium pemasaran paling berkesan zaman sekarang.

Dari segi nyanyian rap, Abu yang penulis kenali sangat bersifat ‘Malaysia’ atau ‘Nusantara’.

Pendengar boleh menjangkakan bait-bait lirik yang mudah difahami dalam bahasa kebangsaan. Itu identiti Abu yang cukup diketahui ramai.

Regunya, Shalma pula memiliki listrik vokal yang mempersona. Dia bukan pemilik ‘vocal powerhouse’ tetapi kalau disentuh soal nilai komersial, Shalma miliki kualiti tersebut.

Jika beroleh lebih banyak kesempatan mengeluarkan produk muzik solo yang tepat dengan identitinya, Shalma mampu menggenggam lebih banyak peluang untuk menyerlah.

Menerusi nukilan liriknya, Naik juga boleh dilihat sebagai sebuah karya yang boleh membikin si pendengarnya terubat dengan sedikit motivasi dan inspirasi untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidup

Pernah dengar lagu Pulang nyanyian K-Clique? Mesejnya sedikit identikal dan motivasinya datang daripada niat mahu bantu keluarga. Ironinya menerusi Naik, jika mahu berjaya atau meroket, kenalah bersandarkan motivasi diri atau lebih bersifat kendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI