fbpx
Tangkap layar video tular berhubung pergaduhan antara jiran di Seksyen 24 Shah Alam, semalam

Jiran gaduh sebab tanaman, parkir kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Gara-gara isu tanaman dan masalah meletakkan kenderaan menyebabkan sekumpulan jiran bergaduh dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Seksyen 24 di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang itu tular dalam video berdurasi 4 minit 4 saat menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya telah menerima dua laporan berkaitan isu tersebut daripada kedua-dua belah pihak.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada isu tanaman serta masalah meletakkan kenderaan oleh kedua-dua jiran sehingga mencetuskan insiden pertengkaran dan pergaduhan.

“Kesemua yang terlibat telah dipanggil untuk dirakam percakapan dalam membantu siasatan.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai dan telah membuat penarikan semula terhadap laporan polis yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, bagaimanapun polis masih meneruskan siasatan secara adil dan saksama meskipun kedua dua pihak telah menarik semula laporan polis itu.

Kes disiasat dijalankan mengikut Seksyen 269, Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera untuk tindakan lanjut.

“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak mengambil sebarang tindakan secara melulu dalam apa jua situasi yang boleh menyebabkan pelanggaran undang undang,” jelasnya. – K! ONLINE