fbpx

Sheng Tai International meterai MOA dengan KenTeam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheng Tai International

PETALING JAYA – Syarikat pemaju hartanah, Sheng Tai International Sdn. Bhd. (Sheng Tai International) memeterai memorandum persetujuan (MOA) dengan pengeluar sarung tangan getah dan nitril tempatan, KenTeam International Sdn. Bhd. (KenTeam).

Menerusi MOA tersebut, Sheng Tai International akan mengambil alih 110 barisan pengeluaran daripada Hab Sarung Tangan KenTeam seluas 90 ekar di Jasin, Melaka.

Sheng Tai International merupakan syarikat yang telah dilantik bagi mencipta, memasang dan membina Hab Sarung Tangan KenTeam tersebut.

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Lay berkata, kapasiti pengeluaran yang dijangkakan bagi setiap satu barisan pengeluaran adalah tiga juta kotak setahun apabila hab itu siap dibina.

Justeru, katanya, jumlah keseluruhan kapasiti pengeluaran bagi kesemua 110 barisan pengeluaran ialah 330 juta kotak setahun.

“Perkongsian ini merupakan pencapaian besar bagi kami di Sheng Tai International.”

“Ia menjadi pintu masuk bagi Sheng Tai International ke dalam industri pembuatan sarung tangan nitril yang pesat tumbuh disebabkan Covid-19 dan jangkitan-jangkitan penyakit lain,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Majlis menandatangani MOA itu disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI