fbpx

Seorang usahawan kosmetik ditahan untuk siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan seorang usahawan kosmetik bersama rakannya bersiaran secara langsung menerusi platform Instagram yang menerima kecaman daripada netizen.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan pemilik akaun Instagram (IG) ‘safieyillias94’ yang juga pengasas produk kosmetik, Safiey Ilias sudah ditahan di sekitar daerah Kajang, petang semalam.

Individu tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung Video Live membuat komunikasi lucah dan amang seksual dengan kanak-kanak di bawah umur, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, mereka sudah ditangkap semalam.

“Kita dah tangkap semalam, pada pagi ni polis membuat permohonan reman untuk siasatan lanjut,” ujarnya ringkas sebentar tadi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, satu rakaman video tular di laman Facebook dan Twitter memaparkan tindakan seorang usahawan kosmetik bersama rakannya bersiaran langsung menerusi platform Instagram Live yang turut disertai oleh dua kanak-kanak lelaki dipercayai berusia 14 dan 15 tahun.

Penularan rakaman tersebut menerima kecaman netizen yang menyifatkan tindakan dua individu berkenaan sebagai melampau dan biadap apabila berkelakuan tidak sopan termasuk membincangkan isu seksual bersama kanak-kanak. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI