fbpx
Banyak syarikat Indonesia berminat untuk mengembangkan perniagaannya ke Malaysia. -Gambar hiasan

Potensi kerjasama Malaysia, Indonesia dalam industri vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Komuniti vape Indonesia memohon kerajaan Malaysia memper­kenalkan peraturan bagi me­ngawal selia produk vape kerana banyak syarikat dari Indonesia berminat untuk mengembangkan perniagaan dalam sektor itu di negara ini.

Aktivis Vape dan Perun­ding Industri Indonesia, Edy ­Suprijadi berkata, pelaksanaan rangka kerja cukai di Indonesia sejak 2018 telah meningkatkan keyakinan dalam kalangan pemain industri dan pengguna di Indonesia.

Menurutnya, sokongan kerajaan telah membolehkan perniagaan beroperasi dengan lancar, manakala pelanggan pula mendapat jaminan tentang penggunaan produk vape yang memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti produk.

“Hasilnya, sejak cukai vape diperkenalkan di Indonesia, industri ini mencatatkan pertumbuhan kira-kira 60 peratus di antara tahun 2019 hingga 2020.

“Industri ini juga berjaya ­menyumbang hasil cukai sebanyak 500 bilion rupiah (RM144.4 juta) pada 2019,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Edy yang juga bekas Setia­usaha Agung Asosiasi Personal Vaporizer Indonesia (APVI) berkata, industri vape di Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan setaraf jika dikawal selia.

“Kami yang berada di Indonesia amat mengalu-alukan langkah Malaysia untuk mengenakan duti eksais bagi produk vape pada awal tahun ini.

“Kami juga sedang merancang untuk melebarkan sayap dalam industri ini ke luar negara.

“Melalui peraturan yang ditetapkan oleh industri, kami memberi jaminan bahawa pemain industri akan dapat meneroka peluang usaha sama di Malaysia,” katanya.