fbpx

Tiga beradik aktif jual dadah di flat diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara dadah yang berjaya dirampas polis menerusi dua serbuan di flat tersebut, Isnin lalu.

PETALING JAYA – Sindiket pengedaran dadah yang didalangi tiga beradik dengan mensasarkan penghuni flat sebagai pelanggan akhirnya tumpas selepas mereka diberkas polis di sebuah flat di Jinjang, Kepong, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 23 hingga 30 tahun itu dicekup menerusi dua serbuan berasingan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, menerusi serbuan pertama pada pukul 4 petang, polis berjaya memberkas seorang suspek lelaki bersama dadah jenis kanabis (230 gram) dipercayai untuk dijual kepada pelanggan di sekitar flat itu.

“Melalui penahanan suspek telah membawa polis kepada serbuan kedua di unit lain di flat yang sama dan menahan dua lagi suspek yang juga adik lelaki itu.

“Pemeriksaan lanjut di rumah itu menemui dadah sama yang dianggarkan seberat 70 gram dan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM750,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek pertama direman selama tujuh hari sehingga 13 Jun, manakala dua lagi suspek direman empat hari sehingga hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI