fbpx

Buruh didakwa rompak wanita depan pasar sampai rugi RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Wan Azmi (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merompak seorang wanita bulan lalu. - Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak pelbagai barangan milik seorang wanita sehingga mangsa mengalami kerugian sebanyak RM40,000 pada bulan lalu.

Tertuduh, Wan Azmi Wan Abdullah, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan rompak berkumpulan hingga menyebabkan seorang wanita berusia 42 tahun mengalami kerugian sebanyak RM40,000.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di depan pintu Pasar Gok Kapor di sini kira-kira pukul 5.50 petang pada 19 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa meminta agar mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.

Tertuduh dalam rayuannya memohon supaya mahkamah membenarkan jaminan kerana mempunyai dua anak dan isteri sedang mengandung.

Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Difaham, tertuduh telah merompak kepingan emas, kunci kereta, kad mesin pengeluaran automatik (ATM), subang berlian, wang tunai bernilai RM5,000, beg tangan dan dompet jenama Louis Vuitton ketika mangsa berada di depan pasar itu.

Rompakan itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM40,000.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI