fbpx

Angka kematian Covid-19 di ASEAN cecah 82,912

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Indonesia mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 7,725 kes semalam. – SONP Thai/Nation Thailand

BANGKOK, THAILAND – Angka kematian akibat wabak Covid-19 di rantau Asia Tenggara (ASEAN) kini mencecah sebanyak 82,912 kes, lapor laman berita Nation Thailand hari ini.

Menurut data, jumlah kes telah melepasi 4.23 juta, dengan sejumlah 23,385 kes baharu dilaporkan semalam, meningkat berbanding 20, 286 yang direkodkan kelmarin.

Jumlah kes kematian baharu pula menokok kepada 422 berbanding 404 kes yang dicatatkan kelmarin.

Susulan gelombang baharu virus Covid-19 di rantau ini, Vietnam merancang untuk menangguhkan temasya Sukan SEA yang dijadualkan berlangsung pada 31 November hingga 2 Disember ini kepada satu tarikh pada tahun depan.

Media Vietnam melaporkan, meskipun bilangan pesakit di negara itu masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara serantau lain, kadar vaksinasi di negara itu masih rendah.

Sementara itu, Brunei semalam turut melaporkan dua penduduknya dijangkiti Covid-19, kes pertama sejak 398 hari lepas, sekali gus menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 246 di negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI