fbpx

1,000 sukarelawan PriVo diperlukan di Wilayah Persekutuan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memerlukan kira-kira 1,000 sukarelawan bagi melancarkan usaha memerangi Covid-19 di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, sukarelawan itu akan bernaung di bawah Sukarelawan Wilayah Prihatin atau Prihatin Volunteer (PriVo) yang dibentuk di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Beliau berkata, PriVo akan berperanan membantu menyelesaikan masalah pertindihan penyampaian bantuan, ketirisan, pembaziran,  kerugian sumber dan kekurangan tenaga kerja.

“PriVo akan bertanggungjawab sebagai Pusat Koordinasi Gerakan Sukarelawan bagi menyelaras semua kegiatan kesukarelawanan di Wilayah Persekutuan seperti pengurusan program Vaksinasi Bergerak Covid-19, dan program Saringan Massa Covid-19 RTK-Ag.

“PriVo juga akan menyelaras program sanitasi di premis-premis awam, pengurusan gelandangan, pengumpulan dan pengagihan bantuan (food bank) dan pelbagai program kesukarelawanan yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan secara berperingkat,” katanya menerusi kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI