fbpx

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Fidelis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong zahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Fidelis di laman Facebook.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas jurulatih pasukan hoki wanita negara, William Fidelis, yang telah meninggal dunia semalam.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda amat menyanjung tinggi dan menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang, khususnya kepada pasukan hoki negara serta menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada sukan hoki negara,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini.

Mendiang Fidelis menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun, beliau juga bekas pemain Hoki Negeri Sembilan pada era 60-an dan 70-an.

Mendiang merupakan jurulatih skuad Hoki Wanita Kebangsaan yang membawa pulang pingat emas pada temasya Sukan SEA dan gangsa pada kejohanan Piala Inter-Continental, kedua-duanya pada tahun 1983.

Selain itu, mendiang juga pernah membimbing skuad hoki lelaki Negeri Sembilan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2000 dan merupakan individu yang sangat aktif dalam bidang kejurulatihan apabila mula menceburinya sejak 1963 sebelum bersara pada 2005.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI