fbpx
Azman (kanan) melakukan pemeriksaan selepas mengetuai Ops Bersepadu Pemeriksaan SOP Akta 342 di Lotus Extra Bercham, Ipoh hari ini.

Tempoh dua jam untuk membeli barang ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menarik balik tempoh kebenaran dua jam berada di premis perniagaan berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh sosial dan ekonomi bermula 1 Jun lalu lalu.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, prosedur operasi standard (SOP) masa itu ditangguhkan melibatkan premis perniagan termasuk pasar raya dan kompleks beli-belah.

“Pengguna bagaimana pun masih boleh datang ke premis perniagaan untuk berbelanja cuma jangan ambil masa terlalu lama.

“Ini sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan selain memastikan orang ramai lebih menghabiskan masa di rumah daripada di pasar raya atau kedai yang tidak sepatutnya,” katanya selepas mengetuai Ops Bersepadu Pemeriksaan SOP Akta 342 di Lotus Extra Bercham hari ini.

Sementara itu, Azman turut memaklumkan sebanyak 41 kes membabitkan syarikat atau individu yang gagal mematuhi SOP dengan nilai kompaun RM283,500 sepanjang tempoh pelaksanaan lockdown bermula 1 Jun hingga semalam.

“Kesalahan paling banyak dilakukan oleh sektor peruncitan melibatkan kedai serbaneka yang dibuka di stesen minyak.

“Kedai serbaneka dibenarkan beroperasi bermula pukul 8 pagi tetapi ada yang sudah membuka seawal 6 atau 7 pagi dan menutup lebih lewat daripada waktu yang dibenarkan,” katanya.

Azman turut memaklumkan sebanyak 579, 892 premis sudah diperiksa dan 227 daripadanya dikenakan kompaun sejak pelaksanaan penguatkuasaan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) digerakkan pada Mei hingga semalam.

“Berdasarkan statistik, pematuhan dalam sektor perdagangan pengedaran berada pada tahap yang memuaskan di mana sebanyak 98.51 peratus premis patuh kepada SOP ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR