fbpx

Luqman serah kepada jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN (kiri) dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang UAE tetapi memberikan aksi yang mendapat pujian ramai. – FB FAM

PENYERANG muda skuad Harimau Malaya, Luqman Hakim Shamsudin menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe sama ada mahu meletakkannya dalam kesebelasan utama pada perlawanan akan datang.

Sebagai rekod, skuad negara ketika ini sedang mengharungi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan sai­ngan berbaki dua perlawanan.

Ini susulan kekalahan 0-4 kepada UAE pada aksi pertama awal pagi Jumaat lepas menyaksikan skuad negara mempunyai misi wajib menang dalam baki dua saingan menentang Vietnam dan Thailand selepas ini.

Aksi yang dipamerkan oleh Luqman meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian mendapat pujian kerana menunjukkan kerajinan dan kesungguhan di atas padang.

Pemain kelab Liga Belgium, K.V. Kortrijk itu berkata, siapa sahaja yang diberikan tugas dalam kesebelasan utama perlu memikul amanah yang diberikan sebaik mungkin.

“Saya tidak kisah dimasukkan sebagai pemain gantian atau di­letakkan dalam kesebelasan utama pada aksi akan datang kerana segala keputusan bergantung kepada jurulatih (Cheng Hoe).

“Secara peribadi, apa yang boleh saya lakukan adalah memberikan yang terbaik pada sesi latihan dengan membuktikan kebolehan sebenar di atas padang.

“Bagi saya, siapa sahaja yang diletakkan dalam kesebelasan utama bukanlah isu yang besar kerana kita perlu yakin kebolehan rakan-rakan sepasukan dalam memburu kemenangan,” katanya pada sidang akhbar secara virtual semalam.

Skuad negara ketika ini menduduki tangga keempat Kumpulan G selepas mengutip sembilan mata daripada enam perlawanan.

Hanya enam mata maksimum dalam dua perlawanan terakhir boleh mencerahkan peluang pa­sukan untuk layak ke pusingan kelayakan seterusnya selain menjamin slot automatik ke pentas Piala Asia 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI