fbpx

Kotak hitam milik kapal kargo MV X-Press Pearl yang terbakar ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej kapal MV X-Press Pearl yang terbakar di perairan Sri Lanka baru-baru ini. – AFP

COLOMBO, SRI LANKA – Sebuah kotak hitam milik kapal kargo MV X-Press Pearl yang terbakar di perairan pantai barat Sri Lanka baru-baru ini telah ditemui selepas siasatan ke atas punca kebakaran dijalankan.

Penemuan perakam Data Voyage (VDR) atau lebih dikenali sebagai kotak hitam itu membolehkan para penyiasat menilai prosedur dan arahan yang dikeluarkan sebelum berlakunya insiden tersebut.

Pihak berkuasa Sri Lanka berkata, mereka berharap agar penemuan kotak hitam itu dapat memberikan butiran mengenai pergerakan kapal terbabit dan komunikasinya dengan pelabuhan di Colombo, lokasi di mana kapal kargo itu sepatutnya berlabuh.

“Pihak tentera laut telah membantu para jurutera untuk mengeluarkan VDR dari jambatan yang masih berada di atas garis air,” ujar seorang jurucakap tentera laut Sri Lanka, Indika de Silva.

Pada 20 Mei lepas, kapal kargo yang didaftarkan di Singapura itu terbakar berhampiran pantai barat Sri Lanka yang telah mengakibatkan pencemaran marin terburuk berlaku di negara itu.

Kapal MV X-Press Pearl yang menuju ke Colombo dari Gujarat, India itu membawa 25 tan asid nitrik dan sejumlah besar bahan mentah plastik.

Kapal itu dilaporkan karam ke dalam Lautan Hindi secara perlahan-lahan selepas terbakar selama hampir dua minggu.

Susulan kejadian itu, polis Sri Lanka melancarkan satu siasatan jenayah dengan menyiasat nakhoda kapal serta ketua jurutera yang kedua-duanya terdiri daripada rakyat Rusia.

Turut disiasat ialah ketua pegawainya, yang merupakan seorang rakyat India serta merampas pasport ketiga-tiga individu tersebut.  

Insiden itu disifatkan sebagai ‘bencana marin terburuk’ di Sri Lanka dengan beberapa aktivis alam sekitar menyaman kerajaan negara itu dan syarikat kapal tersebut kerana gagal mengawal kebakaran. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI