fbpx

Tujuh kru terselamat kapal layar terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi memadam kebakaran sebuah kapal layar yang terbakar di perairan Langkawi pada pagi tadi.

LANGKAWI – Tujuh kru termasuk nakhoda kapal berjaya diselamatkan dalam kebakaran sebuah kapal layar di kedudukan 0.6 batu nautika timur laut Pulau Singa Kecil di sini hari ini.

Kebakaran kira-kira pukul 8.18 pagi itu dikesan kapal milik Maritim Malaysia (APMM), KM Tenggol yang menyalurkan maklumat kejadian kepada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi.

Pengarah APMM Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, bot Kilat 6 APMM kemudian digerakkan ke lokasi kejadian dan maklumat kejadian turut disalurkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Kita turut memaklumkan kejadian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut Malaysia serta Jabatan Alam Sekitar bagi mendapatkan bantuan sewajarnya,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, aset daripada agensi lain seperti KD Mahamiru dan Bot RHIB milik TLDM, bot PA 4 daripada PPM dan MV Suhail Jabatan Laut turut digerakkan ke lokasi bagi membantu memadamkan kebakaran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI