fbpx

Ammar Alfian dipuji tak pilih ‘job’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMMAR ALFIAN

DIVA rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelakon bertubuh kekar Ammar Alfian apabila tidak memilih pekerjaan bagi menjana pendapatan dan pada masa sama tidak lokek membuat sumbangan untuk mereka yang memerlukan.

Baru-baru ini, pelakon itu ada berkongsi bahawa dia kini menawarkan perkhidmatan mengangkat barang berat yang diberi nama GoGetter sepanjang tempoh lockdown.

Kata Ammar lagi, kerja-kerja mengangkat barangan berat itu memang pekerjaan yang sesuai dengannya, lebih-lebih lagi dia memang gemar bersenam dan angkat besi di gimnasium.

Bukan itu sahaja, selain mencari pendapatan sampingan, Ammar juga memperuntukkan 25 peratus daripada profit yang diperoleh untuk disalurkan ke pertubuhan membantu Palestin.

Memang ramai yang puji Ammar sebab tidak memilih untuk melakukan pekerjaan dan tidak lupa untuk melakukan kerja amal.

Jadi pada sesiapa yang memerlukan servis angkat barang berat, hantar barang, buang barang atau apa sahaja melibatkan barang berat yang tak mampu dilakukan sendiri, jangan malu-malu untuk cari Ammar.

DIVA: Datuk Awie ada pesan jadi artis kena kreatif bagi menjana pendapatan sampingan. Tak boleh harapkan saja untuk orang panggil berlakon atau menyanyi atas pentas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI