fbpx

Ambillah vaksin, kita pasti boleh menang – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Intan Najuwa.

PETALING JAYA – Pelakon Intan Najuwa merayu semua rakyat di negara ini terutama yang telah mendapat janji temu untuk divaksin agar berbuat demikian tanpa sebarang alasan.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, berkata, menjadi tanggungjawab semua individu sebagai rakyat untuk sama-sama berganding bahu dalam membantu menurunkan kadar kes harian yang semakin meningkat ketika ini.

“Bagi mereka yang sudah mendapat janji temu untuk divaksin, pergilah ambil dan jangan sesekali mengelak.

“Ini sahajalah cara yang kita ada untuk memastikan kita dapat imunisasi yang terbaik dalam kalangan komuniti. Insya-Allah kita pasti boleh menang,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut pelakon yang dikenali menerusi drama Setelah Ku Dimiliki gandingan bersama Zul Ariffin itu, dia pada awalnya turut ragu-ragu dan takut untuk mendaftar pengambilan vaksin.

“Awalnya memang ada perasaan begitu. Rasa takut, ragu-ragu dan gusar semuanya ada.

“Tapi untuk kebaikan diri sendiri dan semua, saya buang stigma negatif itu,” katanya yang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin jenis AstraZeneca, baru-baru ini.

Bercerita pengalaman selepas menerima vaksin, pelakon kelahiran Johor Bahru itu berkata, tiada sebarang kesan sampingan buruk berlaku atas dirinya kecuali mengalami sedikit demam biasa.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tiada apa-apa kesan sampingan yang besar saya alami.

“Cuma hari kedua selepas suntikan, saya ada demam dan kesejukan sedikit pada malam hari. Keesokan harinya hilang dan pulih seperti biasa,” katanya.

Terdahulu, kerajaan membuka permohonan secara sukarela untuk semua rakyat di negara ini mendapatkan vaksin jenis AstraZeneca bermula 2 Mei dan diteruskan kepada Fasa 2, pada 23 Mei lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI