fbpx
Gambar hiasan.

Akibat PKPD, lori bawa surat khabar dilarang masuk Bentong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Meskipun merupakan antara ‘Essential Services’ namun penghantaran surat khabar ke bandar Bentong, hari ini tidak dibenarkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Susulan itu juga lori yang menghantar surat khabar pelbagai bahasa terpaksa berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) memasuki Bandar Bentong.

Wakil syarikat logistik penghantaran akhbar berkata, lori yang membawa muatan surat khabar ke bandar Bentong dilarang masuk dan diarahkan berpatah balik walaupun mempunyai surat kebenaran.

“Pihak polis menyatakan buat masa sekarang Bentong dilaksanakan PKPD menyebabkan tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan dan arahan ini terpakai sehingga 19 Jun depan.

“Kami tidak dimaklumkan perkara ini lebih awal memandangkan kawasan lain seperti di Triang, Bera yang melaksanakan PKPD sebelum ini dibenarkan masuk untuk menghantar surat khabar yang menjadi salah satu ‘Essential Services’,” katanya di sini, hari ini.

PKPD dilaksanakan di daerah Bentong selama tempoh 14 hari bermula hari ini sehingga 19 Jun depan yang meliputi 21 lokaliti dalam kawasan berkenaan.

Menurutnya, akibat daripada perkara itu menyebabkan pihaknya terpaksa menanggung kerugian begitu juga syarikat akhbar terbabit yang terpaksa menerima kembali akhbar yang tidak dapat dijual.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar mengesahkan, penghantaran surat khabar dilarang ke Bentong susulan PKPD hari ini, namun ia akan dibenarkan semula esok tetapi lori terbabit diminta segera keluar selepas melakukan penghantaran.

“Essential Service’ tidak dibenarkan keluar masuk tetapi kita boleh pertimbangkan sebagai keperluan, hanya perlu mohon dengan Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan dapatkan kelulusan,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN