fbpx
Gambar hiasan.

12,877 unit komputer riba diagih kepada 95 sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA- Sebanyak 12,887 unit komputer riba telah diagihkan kepada 95 buah sekolah di seluruh negara melibatkan sejumlah 51 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sebanyak 40,290 unit komputer juga dijangka selesai pada 12 Jun depan.

“Baki agihan komputer riba sebanyak 96,823 unit lagi dijangka selesai pada September depan.

“Saya harap penjelasan ini dapat menjawab persoalan tentang agihan sebanyak 150,000 unit komputer riba yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya pada sidang akhbar khas tadi.

KPM sebelum ini menyasarkan sebanyak 150,000 murid kategori B40 akan menerima komputer riba dan akses internet selama setahun. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN