fbpx
SWEET QISMINA

Terkena! Sweet Qismina harap si penipu dapat balasan di akhirat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Sweet Qismina kecewa apabila terdapat individu didakwa ‘scammer’ (penipu) mengambil kesempatan ke atas niat murninya untuk bersedekah kepada golongan memerlukan.

Luahan tersebut dikongsi Sweet selepas dia menjadi mangsa seorang scammer yang menyamar sebagai orang susah.

Situasi tersebut berlaku selepas Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 24, menyuarakan hasrat murninya untuk membantu individu yang memerlukan bantuan kewangan menerusi satu ciapan dalam Twitternya semalam.

Tangkap layar ciapan Twitter yang memaparkan niat murni Sweet bersedakah kepada golongan yang memerlukan sebelum menjadi mangsa ‘scammer’.

Hasil bantuan netizen, teraju utama drama Bidadari Salju itu dimaklumkan dia telah memberi sumbangan kepada seorang individu yang didakwa sebagai ‘scammer’.

“Allah. Terima kasih kerana beritahu saya. Tolonglah ‘scammer’ ini semua, janganlah begini.

“Saya percaya bahawa ada yang minta sumbangan menerusi cara pindahan wang dalam talian dan saya lakukannya tetapi dapat tahu pula ada ‘scamme’r, tidak mengapa. Saya beri sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukannya,” ciap Sweet dalam Twitter semalam.

Kecewa dengan situasi tersebut, teman wanita kepada pelakon Adam Lee itu berharap individu tidak berganggungjawab berkenaan menerima balasan di akhirat.

“Kepada scammer yang guna nama orang dan buat cerita sedih semata-mata untuk dapatkan duit, pandai-pandailah awak menjawab sendiri nanti,” pesannya.

Bagaimanapun, Sweet tidak mendedahkan jumlah sumbangan yang diberikan kepada individu berkenaan.

Difahamkan, ‘scammer’ yang didakwa menggunakan nama Muhammad Aiman menggunakan alasan ingin membeli keperluan makanan untuk anaknya.

Sebelum itu, Sweet memuat naik ciapan dengan menyuarakan hasrat untuk bersedekah bagi membantu mana-mana individu yang terjejas sempena hari Jumaat.

“Sempena hari jumaat, belum terlambat untuk saya bersedekah kepada sesiapa yang memerlukan duit bagi membeli barangan keperluan.

“Tidak kisahlah bujang atau sudah berkahwin, hanya balas ciapan ini dengan maklumat anda dan saya akan membuat transaksi kepada akaun bank 10 orang yang memerlukan,” tulisnya. – K! ONLINE

POPULAR