fbpx

MOF alukan sumbangan untuk Akaun Amanah Bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) mengalu-alukan sumbangan daripada pihak awam dan swasta bagi menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana.

MOF menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, Akaun Amanah Bencana ditubuhkan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa bencana, mengurangkan risiko bencana dan pengurusan mangsa bencana.

“Ia termasuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia.

“Sumbangan boleh dibuat ke dalam akaun atas nama, Akaun Amanah Bencana, Maybank Islamic Bhd. di nombor akaun 5660 1065 0930,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, semua sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana oleh individu mahupun syarikat korporat layak mendapat potongan cukai selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967

Jelasnya, setiap sumbangan perlu disokong oleh resit rasmi Kerajaan (Kew. 38), ataupun dokumen pengesahan dan resit transaksi bagi sumbangan yang dikreditkan melalui saluran-saluran sistem perbankan rasmi.

MOF berkata, Akaun Amanah Bencana itu ditadbir oleh Jawatankuasa Akaun Amanah yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Menurutnya, jawatankuasa itu turut dianggotai oleh wakil-wakil dari Kementerian Kewangan, Jabatan Akauntan Negara, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI